Sebelum memakai CD (Pre-wash)
Sebaik sahaja mendapat CD, sila basuh CD (semua item) sebanyak 3x. (Basuh - kering - Basuh - Kering - basuh - kering). Ini adalah untuk mengajar CD dan menyerap dan membasuh kotoran yg mungkin melekat semasa proses pembuatan. Seelok - eloknya guna air suam untuk mencairkan wax / lilin yang digunakan semasa pembuatan CD. Lebih banyak kali anda basuh, lebih baik serapan CD anda. Jiika annda mengabaikan proses ini, CD anda akan mudah bocor (leaking).
Peringatan : Jangan gunakan sabun yang banyak. Hanya gunakan 1/4 sudu sabun dalam kuantiti air yang banyak. Seelok - eloknya gunakan sabun yang kurang buih, tidak mengandungi enzim pewangi atau pemutih. Ini untuk mengelakkan sabun tersekat di dlaam CD dan menyebabkan CD kurang daya serapan dan kulit boom - boom anak anda melepuh / meruam.
Setelah CD dipakai
Untuk membasuh CD yg basah disebabkan baby anda pee pee, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (memberus tidak digalakkan terutama berus sabut, nanti akan merosakkan material CD dan juga akan menurangkan prestasi CD) atau dimasukkan ke dalam mesin basuhseperti biasa.
Jika bayi and poo -poo, bulang poo -poo die kedlm lubang jmban, then you pancutkan air deras ke atas CD / biarkan air mengalir keatas kesan kuning poo -poo td. Pastu sental dengan tangan or masukkan dalam mesin basuh.
Seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama (disamping menjaga jahitan / butang (snap / velcro) agar tdk rosak). Seperti prewash juga, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).
Peringatan : Gunakan sabun yang sikit. Elakkan mengguna Softland atau sebarang pelembut atau pewangi. Ini kerana minyak/lemak dalam pewangi tersebut akan terperangkap dalam CD dan akan mengurangkan keupayaan CD menyerap.Anda juga boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. Kalo CD dah berbau sgt2, sila bawa CD jumpa Sang Mentari. Insyaallah bau / warna akan hilang. If nak wangi sangat, gunela Dettol setitik dua. Pengalaman saya, lepas anak Poo Poo, saya basuh dengan air shj (kes malas nak ambil sabun). Sbb sy full BF, warna kuning tu agak degil untuk hilang. Jadi saya jemur menghadap matahari. Magicnya warna tu hilang apabila CD kering walaupun saya xmenggunakan sabun.
Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi / bakul baju kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari. Better biar kering dr rendam. Sebab if rendam, bakteria akan membiak dlm air. Lg 1, bile dah berendam, of course dia kan ade bau skit. If basuh guna mesin basuh, xpayah jemur matahari pon bole kering. If basuh tangan ni, kene kasi berangin ler skit sbb still ade air dlm insert tu. Cover die mmg confirm kering punyer....