Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Terima kasih kerana mengunjungi site UMMIKIDS. Selamat datang juga kepada pencinta CD's. UMMIKIDS menjual dan mengedar Cloth Diaper (CD's) dari jenama Babyland & Sunny Baby Minkey secara retail & wholesale. Selain itu juga UMMIKIDS menyediakan serba sedikit maklumat dan fakta tentang Cloth Diaper untuk dikongsi bersama. Selain itu juga, UMMIKIDS menjual dan mengedar pakain bayi dari pelbagai jenama antaranya Baby GAP, Playskool, Pete Bebe, Nick Jr, Carter`s, Nissen, Ralph Lauren (Polo), Busha, Guess, Oshkosh, Disney Baby,Old Navy, GAP Denim dll.
"SAVE OUR EARTH"
BABY GAP JUMPER DAD N MOM
BG-JDM 01
SIZE
3-6M
6-12M
12-18M
18-24M
Retail : RM25
BG-JDM 02
SIZE
3-6M
6-12M
12-18M
18-24M
Retail : RM25
Apa Itu Cloth Diaper?
" Tahukah anda bahawa ruam lampin berpunca daripada penggunaan lampin pakai buang?
Dan tahukah juga anda bahawa lampin pakai buang mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi anda? "
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada ibu-ibu yang di hormati,
Lampin pakai buang atau orang panggil 'pampers' adalah satu kemestian bagi semua ibu yang mempunyai anak kecil. Bukan saja ia memudahkan kita menguruskan anak dengan lebih cepat malah murah pula di pasaran!
Bagaimanapun di sebalik keistimewaan lampin pakai buang ini, tersembunyi banyak keburukan yang tidak di sedari oleh ramai ibu-ibu. Atau mungkin di sebabkan anda tak punya pilihan lain maka lampin pakai buang menjadi pilihan ibu-ibu yang sibuk.
Kenapa saya berkata begitu? Jika anda perhatikan, masalah yang sering menimpa kanak-kanak yang masih belum pandai menguruskan diri ialah ruam dan kesan melecet di sekitar kawasan punggung dan kelengkang.
Banyak kes, apabila ruam ini bertambah teruk, kulit bertukar menjadi merah dan sangat pedih apabila terkena air sewaktu di siram.
" Bayangkan apa perasaan anda bila bayi anda menangis kesakitan sewaktu anda perlu membersih dan menukar lampin mereka"
Mungkin anda tak sedar bahawa penyumbang utama kepada masalah ruam lampin ini adalah berpunca dari penggunaan lampin pakai buang yang anda guna setiap hari.
Nak tau kenapa ? Biar saya terangkan satu -persatu supaya anda boleh lihat sendiri .
Antara kelemahan lampin pakai buang ini ialah :
Ia mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi . Dioxin iaitu sejenis bahan kimia terhasil sewaktu proses pelunturan pulpa ( bahan utama lampin pakai buang ) boleh menyebabkan bayi menanggung risiko kanser!
Menambah masalah kerengsaan kulit kerana kulit bayi yang sensitif bersentuh dengan air kencing mengakibatkan ia bertindak balas dengan bahan kimia yang terkandung di dalamnya menyebabkan kulit melecet dan bertukar kemerahan.
Punca kepada penyakit asma atau lelah kerana ia merosakkan sistem penyejukkan badan yang boleh menggangu kesuburan pada masa akan datang selain menggangu sistem hormon dan imunisasi badan kerana ia mengandungi bahan bertoksik.
Mencemar udara dan kebersihan alam sekitar . Oleh kerana ia di perbuat dari bahan sintetik, ia tidak mudah di lupuskan sekaligus menambah masalah pada alam sekitar yang menjadi tempat tinggal kita.
Ya, lampin pakai buang memang membahayakan kesihatan bayi anda ! Mahukah anda melihat buah hati kesayangan anda terpaksa menempuh kesukaran demi kesukaran akibat dari kecuaian anda sendiri?
Apa dia Cloth Diaper?
Cloth diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk bayi dan mesra pada kulit . Ia sesuai untuk di gunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun dan boleh di cuci . Bahagian luar cloth diaper di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate ( PUL ) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor .
Lapisan dalam cloth diaper ini di jahit dengan poket khas untuk memudahkan anda memasukkan pelapik khas ( insert ) yang mampu menyerap air kencing bayi sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan.
Setiap helai cloth diaper di bekalkan sekali dengan pelapik khas ( insert ) yang di perbuat dari micro fiber yang tinggi daya serapan dan mudah di bersihkan. Cloth diaper ini boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
Kesimpulannya lampin kain moden ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan bayi anda.
Apa keistimewaannya?
Bayi akan rasa lebih selesa .
Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.
Tidak membahayakan kesihatan bayi.
Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.
Cepat kering bila di cuci
Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.
Mudah di pakai dan di ubah suai
Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Seronokkan ? |
Anda masih sangsi dengan kelebihan lampin kain ini? Ooops...nanti dulu kerana saya belum habis lagi!
Bukan itu saja, malah saya dapati......
Ia amat menjimatkan wang anda !
Biasanya seorang bayi akan menggunakan lampin sehingga berumur 2 tahun ke 3 ahun. Jadi mereka akan menggunakan kira-kira
2 x 30 x 12 = 720 hari @ 3 x 12 x 30 =1080 hari
Katakanlah setiap helai kain lampin pakai buang berharga RM0.50 dan seorang bayi memakai 5 helai lampin sehari semalam. Jadi;
720 x 0.50 x 5 = RM 1800 @ 1080 x 0.50 x 5 = RM 4500
Manakala lampin pakai buang yang kami tawarkan hanya
RM 30.00 - RM 45.00 jadi katakanlah seorang bayi memakai 5 helai lampin pakai buang sehari jadi
RM 30.00 x 20 helai (andaikan sehari pakai dan dibasuh keesokannya) = RM 600.00 seumur hidup bayi (dan boleh dipakai untuk adiknya)
RM 40.00 x 20 helai = RM 800.00
JADI ANDA JIMAT:
RM1200.00 HINGGA RM 3700.00 !!!
Apa agaknya yang dapat anda beli dengan wang sebanyak itu?
Rekaan yang sungguh unik dan moden !
Tak seperti lampin kain terdahulu, cloth diaper ini tak perlu di lipat seperti lampin kain biasa sebelum di pakai . Ini kerana ia di lengkapkan dengan poket khas untuk di masukkan pelapik atau insert yang menyerap air kencing yang kuat daya serap. Hanya masukkan pelapik kedalam poket khas dan bayi anda sedia untuk menggunakannya.
Warna -warna yang memikat !
Cloth diaper ini tersedia dalam warna yang terang dan nampak cantik bila di pandang. Bayi anda kelihatan sungguh ' cute' dan tak perlu memakai seluar lain lagi kerana ia sudah kelihatan bergaya dengan cloth diaper rekabentuk moden ini. Warna yang terang juga menyebabkan ia tak mudah cepat kotor dan nampak kusam bila di cuci selalu.
Tak mudah bocor !
Oleh kerana bahagian luar cloth diaper ini di perbuat dari sejenis bahan kalis air yang di panggil polyutherane (PUL) , ia tak mudah bocor dan membasahkan seluar bayi atau tilam katil anda.